Forgive And Forget



Peace be upon you.

So, how's your heart ?
Moga hati kita berada dalam keadaan yang sejahtera .
Tetapi kadang bila kita sendirian kita akan terfikir sejenak apa yang sedang kita rasa.
Apa yang hati kita tengah rasa.
Kadang tu ada rasa gelisah, tak sedap hati entah kenapa pun tak tahu.
Tak ada punca !

Bukan tak ada punca, cuma kita tak sedar apa puncanya.
Haa, sebenarnya banyak punca jiwa kita gelisah dan tak tenang ni.
Terlalu banyak.
Secara amnya, jiwa yang gelisah adalah kerana dosa.
Orang yang bergelumang dengan dosa hatinya takkan tenang melainkan dia mohon ampun pada Tuhan jika dosa itu dengan Tuhan dan mohon maaf pada manusia jika dosa itu dengan manusia.

Tetapi point utama yang ingin ditekankan di sini adalah mengenai hati yang padanya ada sifat marah, dendam, dan benci. 
Inilah penyakit hati yang paling susah untuk diubati kalau dalam hati kita ada sifat amarah dan tidak ada sifat redha dan syukur.
Kenapa sifat redha dan syukur ?

Sebenarnya seorang insan ni, kalau dalam hatinya ada sifat redha, dia akan berlapang dada dengan apa saja ujian yang Allah titipkan buat dia.
Dia akan redha dan bersabar bila ada orang tengking dia.
Dia akan redha dan bersabar bila ada orang fitnah dia.
Orang yang macam ni, hati dia sentiasa husnudzhon (bersangka baik). Positif !
Sebab tu dia juga sentiasa bersyukur.
Dia syukur ada orang tegur dia walaupun dengan cara sindir. Sebab, dia fikir mungkin ini cara Allah nak tegur aku. Dia positif, bukan marah atau bertikam lidah balik dengan orang yang menyindirnya.
Jadi rasa nak marah atau benci atau sampai tahap berdendam tu dapat dielakkan.
Nampak tak perkaitannya ?

Dendam, amarah dan benci ni lah yang menumbuhkan titik hitam dalam hati, menyebabkan hati gelap. Hilang rasa simpati, hilang sifat kemanusiaan, hilang rasa kasih.
Percayalah, bahawa rasa negatif ni hanya boleh hilang dengan satu cara iaitu MEMAAFKAN.
Bila kita dah memaafkan, hati kita juga redha dan lapang. Kita akan rasa tenang. Rasa , ahhhh dah lepas satu beban yang berat. Hati kita pun makin kurang titik hitam. Alhamdulillah.

Jadi bila kita dikuasai musuh amarah, benci dan dendam ni, perangilah ia dengan senjata paling ampuh iaitu MAAF dan REDHA. Sememangnya maaf ini bukan perkara yang mudah, apatah lagi kalau orang menganiaya kita atau kita seorang yang tinggi egonya. Tetapi percayalah, orang yang hebat adalah orang yang mudah memaafkan.


فَإِنَّ الخَيْرَ طُمَأْنِيْنَةٌ وَإِنَّ الشَّرَّ رِيْبَةٌ
Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan kejelekan selalu mendatangkan kegelisahan.





Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Nak Masuk MRSM ?