Posts

Showing posts from May, 2019

Betul Ke Nak Masuk MRSM ?

Image
Peace Be Upon You. Soalan yang orang selalu tanya.  "Seronok ke belajar dekat MRSM ?" Sebelum aku cerita seronok ke tak, meh aku cerita macam mana aku boleh masuk MRSM.  Ngeh ngeh ngeh.  Dari sekolah rendah lagi aku memang teringin nak belajar dekat MRSM atau SBP, sebab antara sekolah terbaik di Malaysia dan aku teringin nak duduk jauh, nak belajar berdikari. LOL. Orang lain usaha nak sekolah dekat, aku beria nak jauh jauh. Aku pun usahalah tanya cikgu semua macam mana nak apply dan alhamdulillah masa tu result UPSR aku melepasi syarat (5A). Dulu nak masuk MRSM wajib 5A, sekarang dengar dengar macam 3A pun dah boleh masuk sejak kurikulum baru untuk UPSR ni. Tak pasti laa yang tu. MRSM ada interview nak masuk. SBP takda lagi interview masa tu rasanya. Sebab seingat aku interview MRSM je aku pegi dekat MRSM Balik Pulau. Masa darjah 6 aku apply MRSM Balik Pulau sebab situ ada program ulul albab. Teringin laa jugak nak hafaz Quran. Tapiiiiiiiii. ...

Forgive And Forget

Image
Peace be upon you. So, how's your heart ? Moga hati kita berada dalam keadaan yang sejahtera . Tetapi kadang bila kita sendirian kita akan terfikir sejenak apa yang sedang kita rasa. Apa yang hati kita tengah rasa. Kadang tu ada rasa gelisah, tak sedap hati entah kenapa pun tak tahu. Tak ada punca ! Bukan tak ada punca, cuma kita tak sedar apa puncanya. Haa, sebenarnya banyak punca jiwa kita gelisah dan tak tenang ni. Terlalu banyak. Secara amnya, jiwa yang gelisah adalah kerana dosa. Orang yang bergelumang dengan dosa hatinya takkan tenang melainkan dia mohon ampun pada Tuhan jika dosa itu dengan Tuhan dan mohon maaf pada manusia jika dosa itu dengan manusia. Tetapi point utama yang ingin ditekankan di sini adalah mengenai hati yang padanya ada sifat marah, dendam, dan benci.  Inilah penyakit hati yang paling susah untuk diubati kalau dalam hati kita ada sifat amarah dan tidak ada sifat redha dan syukur. Kenapa sifat redha dan syukur ? ...